Home | |||||||||||
Geologi Suatu Pengkajian Menarik |
by : nahrafqifahs |
||||||||||
Melihat
kepada panorama di dunia ini, pernahkah terlintas di fikiran anda
beberapa persoalan kejadian alam yang unik. Antaranya ialah bagaimana
kewujudan pelbagai jenis batu pasir, granit, batu kapur, konglomerat dan
pelbagai lagi. Gunung Himalaya menjadi gunung tertinggi di dunia, kenapa
ia terletak di India dan ajaibnya pula adanya letupan gunung berapi yang
sangat besar seperti di Karakatoa di Indonesia dan beberapa tempat yang
aktif seperti di Filipina, Amerika Selatan, Kepulauan Sulawesi dan
kenapa pula tiada atau hampir tiada gunung berapi di Afrika, India,
Australia malah di Malaysia? Apakah itu gempa bumi, bagaimana tentang
kekuatannya dan yang penting sekali adakah negara kita selamat dari
gempa bumi yang kuat seperti di Kobe, Jepun.Selain itu persoalan tentang
sumber-sumber alam seperti bagaimana tentang kejadian dan terdapatnya
petroleum, emas, perak, intan, timah dan lain-lain bijih lagi turut
menarik perhatian untuk difikirkan.
Bagaimana
tentang keadaan bumi ketika itu? Bagaimana tentang fosil, tentang
binatang perkasa yang dipanggil dinasour dan pokok-pokok raksaksa,
tentang kepupusan dan revolusi mereka dari zaman lampau sehingga kepada
bentuk seperti keadaan sekarang. Sesungguhnya
terlalu banyak lagi persoalan tentang kajadian alam yang unik ini dan
tentunya ia manjadi cabaran dalam mendapatkan jawapan tentang persoalan
yang menarik ini. Persoalan -persoalan in hanyalah sebahagian daripada
pengkajian dalam bidang Geologi. Geologi diambil dari perkataan latin
bermaksud 'Kajibumi' iaitu suatu cabang ilmu sains yang mengkaji tentang
kejadian batuan, pergerakan kerak bumi, gunung ganang, serta kandungan
bumi seperti bijih-bijih, emas dan permata serta seribu macam persoalan
tentang bumi dan keunikannya. Ia menjadi semakin penting dewasa ini
khasnya dalam mencari sumber-sumber baru dari bumi yang semakin terhad
tapi keperluannya sangat mendesak seperti petroleum, keperluan air tanah,
platinum, bijih-bijih perindustrian dan permata. Di samping itu, ia
sangat perlu dalam kerja-kerja pembangunan sesebuah negara seperti
bangunan tinggi, jambatan. terusan, empanagan, dan lain-lain agar
kemusnahan besar dapat dielakkan. Ahli geologi juga sangat diperlukan
dalam meramalkan kejadian-kejadian alam yang memusnahkan seperti gempa
bumi dan letusan gunung berapi yang jika berlaku melibatkan taruhan
nyawa yang bukan sedikit. Persoalan
mengenai geologi seterusnya lebih menarik jika dikaitkan bersama dengan
kemungkinan-kemungkinan kejadian yang telah dan boleh berlaku di negara
kita Malaysia yang tercinta ini. Antaranya bagaimana terdapatnya dua
banjaran yang besar iaitu Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Timur yang
menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Dari batuan apa ia dibina
dan kenapa pula ia menganjur dari Utara kes Selatan? Kenapa pula
diantara dua banjaran ini, terdapat suatu kawasan yang agak luas yang
sangat kaya dengan emas seperti Raub dan Bukit Koman di Pahang di
antaranya sehingga 6.0 hingga 10.0 gram per tan dari batuan yang
dilombong. Begitu juga di timur Semenanjung Malaysia yang bukan sahaja
kaya dengan emas seperti di Lubuk Mandi dan Penjom, Kuala Lipis Pahang
malah luar pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang sangat kaya dengan
petroleum yang bernilai tinggi yang sekarang menjadi salah satu sumber
kakayaan negara. Bagaiman tentang kejadian Kondominium Highland Towers
yang runtuh, kejadian runtuhan lumpur di jalan Genting Highland dan
akhir-akhir ini tentang runtuhan batuan yang memenuhi di Kilometer 21.8
Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Bukit Lanjan. Bagaiman
tentang gempa bumi di Malaysia dan jika berlaku gempa bumi di Sumatera
yang dijangkakan boleh mencapai sehingga 8.5 pada skala Ritcher sahaja.
Bagaimana pula tentang gunung berapi di Malaysia?. Tapi antara
persoalan menarik tentang Semenanjung Malaysia sekarang ialah benarkah
bahawa Timur Semenanjung Malaysia yang meliputi Pahang, Terengganu dan
Kelantan dan sebahagian Johor adalah dari benua yang berlainandan
bertemu dengan Barat Semenanjung Malaysia pada suatu masa jutaan tahun
dahulu dan apakah bukti-bukti yang menyokongnya? Atau adakah Malaysia
dahulunya dipanggil Gondawanaland dan kemudiannya hanyut ke tempat di
mana ia berada sekarang? Inilah antara pelbagai persoalan geologi yang
menarik di Malaysia yang boleh kita fikirkan bersama jika terdapat asas
geologi di minda kita dan ini semua dapat diperolehi dengan mendapatkan
bacaan tentang geologi yang banyak terdapat di pasaran ataupun
perpustakaan. Di Malaysia keperluan kepada pengetahuan dari ahli geologi semakin mendesak sedangkan negara hanya mampu mengeluarkan tidak sampai 30 orang geologi setahun. Keperluan ini boleh dicapai jika dapat ditanamkan minat kepada pelajar-pelajar pada masa persekolahan lagi dan bikannya setelah menjejaki menara gading. Kemungkinan sekarang, ramai pelajar tidak pernah mendengar apatah lagi memahami apa itu Geologi. Tapi hanya mendapat sedikit gambaran tentang dimosour dari filem "Jurassic Park" sedikit masa dahulu. Jadi terpulanglah kepada kamu semua khasnya generasi muda untuk mendalami tentang geologi bumi dan negara kita dan seterusnya mamahami dan mencari jawapan persoalan-persoalan menarik bukan sahaja tentang persoalan diatas mahalan terdapat banyak lagi persoalan misteri di dalam bidang Geologi. |
|||||||||||